Pada 15 November 2010, beberapa orang JU KHSR JPNJ telah mengadakan perjumpaan di SMK Bandar Tenggara untuk menyiapkan PLAN J bagi mata pelajaran KHSR bagi kegunaan sesi persekolahan 2011. Mereka yang terlibat ialah;
1) En. Che Kamarudin b. Che Mohd Zin - STAR 1 JB
2) En. Osman Md Don - SK Sungai Linau, Kluang
3) En. Sazali b. Kuman - PPD Kulaijaya
4) En. Saniman b. Sarbini - SK Taman Megah Ria, Pasir Gudang
5) En. Mohd Bahri b. Suwardi - SK Taman Perling, JB
6) Cik Norliyana bt. Mohd Kasim - SK Taman Perling 3, JB
Kursus P&P Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Bersepadu telah diadakan di Mutiara Motor Resort, Kota Tinggi pada 7 hingga 9 April 2010. Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Agama Islam Negeri Johor ini telah dihadiri oleh 19 orang peserta dari SRAB seluruh Johor.
Kursus ini bermula jam 2.00 pm dengan pendaftaran peserta dan jam 4.30 pm taklimat am oleh Ust. Zamri dari Jabatan Agama Islam dan En. Che Kamaruddin mewakili pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Slot pertama pada petang itu adalah tentang alatan tangan dan serba sedikit pengenalan dan sejarah KHSR.
Taklimat Am
Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah memberikan kerjasama dan sumbangan dengan menghantar 7 orang Jurulatih Utama KHSR Negeri Johor untuk mengendalikan kursus ini. Mereka yang terlibat ialah :
1) En. Che Kamarudin Che Mohd Zin-Johor Bahru
2) En. Mohd Bahri Suwardi-Johor Bahru
3) En. Saniman Sarbini-Pasir Gudang
4) En. Zamri Muslim-Kulai Jaya
5) En. Sazili Kuman-Kulai Jaya
6) En. Norman Aripin-Muar
7) Pn. Rokiah Ayob-Kluang
Antara perisian kursus yang didedahkan kepada peserta meliputi semua aspek yang berkaitan dengan proses P&P KHSR termasuk pengurusan bengkel, peraturan dan keselamatan bengkel. Peserta juga berpeluang berbengkel dan menghasilkan kerja tangan seperti membuat rak buku, bekas pensil dan menghasilkan papan litar.
Hasil kerja peserta telah dapat disiapkan dengan jayanya walaupun dalam keadaan tergesa-gesa dan di tempat yang kurang selesa. Syabas diucapkan kepada semua peserta.
Tajuk jahitan untuk tahun 5 dan 6 juga sempat didedahkan kepada para peserta kursus. Antara perbengkelan yang dapat dilaksanakan termasuklan menjahit jenis-jenis mata jahitan dan menghasilkan artikel menggunakan kreativiti sedia ada peserta. Semoga kemahiran yang diperolehi setiap peserta dapat dimanfaatkan khasnya kepada murid-murid sekembalinya ke sekolah nanti.
HASIL KERJA PESERTA
( PROMOSI JUALAN )
Majlis penutupan kursus telah berlangsung pada jam 12.00 tengahari dan disempurnakan oleh Ustaz Azman dari Jabatan Pendidikan Agama Islam Negeri Johor. En Sujak Maskam dari Unit Teknik dan Vokasional Jabatan Pendidikan Negeri Johor turut hadir dalam majlis itu.
Laman perkongsian ilmu khususnya dalam bidang teknik dan vokasional peringkat sekolah rendah iaitu Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ini diwujudkan untuk kemudahan para pendidik bagi memantapkan ilmu dan pengetahuan dalam bidang pendidikan. Adalah diharapan agar ianya bermanfaat untuk semua.
PENOLONG PENGARAH TEKNIK & VOK. JPNJ
EN. SUJAK BIN MASKAN
KETUA JURULATIH UTAMA
EN. CHE KAMARUDIN BIN CHE MOHD ZIN SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 1, JB
WEB MASTER
EN MOHD BAHRI BIN SUWARDI SK TAMAN PERLING, JB
JURULATIH UTAMA
EN. SANIMAN BIN SARBINI SK TAMAN MEGAH RIA PASIR GUDANG
PN.ROKIAH BINTI AYOB SK KAMPONG MELAYU, KLUANG
EN. SAZILI BIN KUMAN SK LKTP PENGELI KULAI JAYA
EN. ZAMRI BIN MUSLIM @ AHMAD SK SENAI, KULAI JAYA
EN. NORMAN BIN ARIPIN SK TEMIANG, MUAR
SEMBANG ILMU
PENGURUSAN
Bahan Rujukan Guru ~Sukatan Pelajaran ~Huraian Sukatan Pelajaran ~Rancangan Tahunan ~Buku-buku Sumber ~Buku Teks Th 4 , 5 dan 6
Peperiksaan / Penilaian ~Pep. ½ & akhir th.-setara ~Penyediaan soalan - JU ~Markah-60 amali,40 teori
Pengurusan Fail 10 Fail Panitia : ~Fail Induk ~Fail Sukatan Pel. ~Fail Minit Mesy. ~Fail Program Panitia ~Fail Kep. Ujian/ Pep. ~Fail Pemantauan ~Fail Semakan Buku ~Fail Ko-Akademik ~Fail Bank Soalan ~Fail Maklumat Guru MP
Buku-buku Rekod Guru ~Penggunaan Bengkel ~Pinjaman Alatan ~Kerosakan/hilangan Alatan ~Kecemasan dan Kemalangan ~Penyenggaraan Alatan ~Rekod Lawatan ~Rekod Sumbangan