Wednesday, November 17, 2010

PEMBINAAN PLAN J 2011

Pada 15 November 2010, beberapa orang JU KHSR JPNJ telah mengadakan perjumpaan di SMK Bandar Tenggara untuk menyiapkan PLAN J bagi mata pelajaran KHSR bagi kegunaan sesi persekolahan 2011. Mereka yang terlibat ialah;
1) En. Che Kamarudin b. Che Mohd Zin - STAR 1 JB
2) En. Osman Md Don - SK Sungai Linau, Kluang
3) En. Sazali b. Kuman - PPD Kulaijaya
4) En. Saniman b. Sarbini - SK Taman Megah Ria, Pasir Gudang
5) En. Mohd Bahri b. Suwardi - SK Taman Perling, JB
6) Cik Norliyana bt. Mohd Kasim - SK Taman Perling 3, JB

Wednesday, April 7, 2010

KURSUS PENDEDAHAN P&P KHSR GURU-GURU SRAB 2010



Kursus P&P Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Bersepadu telah diadakan di Mutiara Motor Resort, Kota Tinggi pada 7 hingga 9 April 2010. Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Agama Islam Negeri Johor ini telah dihadiri oleh 19 orang peserta dari SRAB seluruh Johor.
Kursus ini bermula jam 2.00 pm dengan pendaftaran peserta dan jam 4.30 pm taklimat am oleh Ust. Zamri dari Jabatan Agama Islam dan En. Che Kamaruddin mewakili pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Slot pertama pada petang itu adalah tentang alatan tangan dan serba sedikit pengenalan dan sejarah KHSR.
Taklimat Am

Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah memberikan kerjasama dan sumbangan dengan menghantar 7 orang Jurulatih Utama KHSR Negeri Johor untuk mengendalikan kursus ini. Mereka yang terlibat ialah :
1) En. Che Kamarudin Che Mohd Zin - Johor Bahru
2) En. Mohd Bahri Suwardi - Johor Bahru
3) En. Saniman Sarbini - Pasir Gudang
4) En. Zamri Muslim - Kulai Jaya
5) En. Sazili Kuman - Kulai Jaya
6) En. Norman Aripin - Muar
7) Pn. Rokiah Ayob - Kluang

Antara perisian kursus yang didedahkan kepada peserta meliputi semua aspek yang berkaitan dengan proses P&P KHSR termasuk pengurusan bengkel, peraturan dan keselamatan bengkel. Peserta juga berpeluang berbengkel dan menghasilkan kerja tangan seperti membuat rak buku, bekas pensil dan menghasilkan papan litar.


Hasil kerja peserta telah dapat disiapkan dengan jayanya walaupun dalam keadaan tergesa-gesa dan di tempat yang kurang selesa. Syabas diucapkan kepada semua peserta.


Tajuk jahitan untuk tahun 5 dan 6 juga sempat didedahkan kepada para peserta kursus. Antara perbengkelan yang dapat dilaksanakan termasuklan menjahit jenis-jenis mata jahitan dan menghasilkan artikel menggunakan kreativiti sedia ada peserta. Semoga kemahiran yang diperolehi setiap peserta dapat dimanfaatkan khasnya kepada murid-murid sekembalinya ke sekolah nanti.
HASIL KERJA PESERTA
( PROMOSI JUALAN )


Majlis penutupan kursus telah berlangsung pada jam 12.00 tengahari dan disempurnakan oleh Ustaz Azman dari Jabatan Pendidikan Agama Islam Negeri Johor. En Sujak Maskam dari Unit Teknik dan Vokasional Jabatan Pendidikan Negeri Johor turut hadir dalam majlis itu.


TAYANGAN DI MAJLIS PENUTUPAN
video

ALBUM SEPANJANG KURSUS


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors